Tuesday, October 16, 2007

raya ngan syikin


Di pagi hari raya.....dengan baju barunya, syikin dan nana


Syikin dan nana......makan ketupat dan kari.....



Nana....

Wednesday, October 10, 2007

lagu raya

SUASANA DI HARI RAYA.
Annuar & Elina

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

bertukar senyuman dan salam ziarah menziarahi
tutur kata yang sopan saling memaafi
suasana hari raya walau di mana pun jua
memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

kuih dan muih beraneka macam
makanlah jangan hanya dipandang
ketupat rendang sila nikmati kawan
penat memasak malam ke pagi

wajik dan dodol jangan lupakan
peninggalan nenek zaman berzaman
asyik bersembang pakcik dan makcik
hai duit raya lupa nak diberi

berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

untuk mendengar rakaman lagu nana, klik:

INDIAN BARBIE





ye ye sik lama gik ari raya

Raya is just around the corner.....
sik lama gik nak raya, seronoklah mun hari raya,
pakai pakaian baru, dapat duit raya, jumpa kawan,
saudara mara, rakan taulan,
ke rumah nenek, rumah pakcik makcik
dan bermain bunga api di malam raya....

Saturday, October 6, 2007

kad raya


KONTET



INI IALAH KONTET - also known as Dragonfly......

patung-patunglah......

Seminggu lagi nak Raya

Seminggu lagi semua umat Islam seantero dunia akan merayakan 1 Syawal, atau lebih mudah difahami Hari Raya. Sebut aje hari raya, pasti semua anak-anak akan bergembira dan tidak akan sabar untuk berseronok.....dengan pakaian barunya; yang lelaki dengan baju melayunya dan yang perempuan dengan baju kurung dan kebayanya.....bukan sepasang je, dua tiga pasang dah ditempah atau dibeli.....

Hari raya ni, kita bercerita ikut perspektif anak-anaklah, sebab pada minda mereka cuma timbul kegembiraan, keriangan saja, mood swing mereka bukannya sama dengan orang dewasa.
Anak-anak mudah diceriakan, asal saja pandai memberi komplimen.

There re so much fun in store for these kids during raya time; they can play around, visit friends and close relatives, join their father to have their solat aidil fitri at nearby mosque while later afterwards have some goodies.

For those yang bercuti raya kat kampung tuk, eloklah....pastinya bergembira sakan raya ni bila bertemu sanak saudara dan datuk nenek kat kampung, pak usu, mak ngah, dan lain lain kawan yang lama ditinggalkan.

Bolehlah berjalan-jalan berziarah ke rumah rakan, dan agenda utama dalam minda anak-anak adalah untuk mengumpul seberapa banyak duit raya.....yalah, kalau berani venture, jalanlah jauh sikit, dapatlah banyak sikit.....bolehlah tayang kat kawan berapa kita dapat. Not only that, stomach pun full, makan kueh aneka ragam, berbagai rasa dan nama.

malam likur pula, kita bertuntung, pasang lampu kelip-kelip dan main bunga api, seronoklah tuk, tapi perlulah ingat, jangan main api, nanti terbakar diri sendiri....

Okay, nanti kita bercerita lagi tentang raya ni....

Wednesday, September 19, 2007

kueh untuk berbuka puasa.......

bila time puasa ni, macam-macam nak dimakan.....kueh beraneka jenis, sekejap nak yang ini, sekejap yang itu......rambang mata....tapi akhirnya semua dah tak boleh makan lagi.....
belum lagi disajikan dengan lauk-pauknya.....
Powered By Blogger