Sunday, October 28, 2007

NANA KE PANTAI.....


Sabtu 27 Oktober, Nana ikut abah ke pantai.....


Lokasinya Pasir Pandak, kat simpang ada beberapa gerai menjual durian...... banyaknya durian, dah musim dah ni....




Kat pantai, banyak punya seronoklah, walaupun kecut juga melihat ombak.....


Ombaknya tak besar tapi bunyinya......


Seronoklah, enjoy though a bit shaky......




Here are some of the pixs......


masih keliru, nak ke tak nak nie.......


ikin.....dan nana braving herself toward the waves......

nana n ikin inside my avanza......

nana slowly but confidently walks towards the waves......but stops.....


trying to run away from the coming waves.......

And to view the vid clip, klik sini :

Wednesday, October 24, 2007

Tuesday, October 23, 2007

KFC bucket ? Kotak ade le.....

Yesterday, we stopped at KFC for a BUCKET, which consists of 15 pcs of spicy fried chickens, wedges, mashed potatoes, coleslaw, and 2 bottles of drinks.....rm65 for that..... well ?
-tibai aje le.....sekali sekala....


nie bukan bucket, nie KOTAK......


mashed potatoes......sedap jugak......tolong habiskan !

mana sos cili nya ?





makan pelan-pelan......and enjoy ur food......

Saturday, October 20, 2007

Raya di rumah pada Syawal 1428H, di bulan Oktober 2007.....

Tuesday, October 16, 2007

Raya kat kampung

Hari Raya Aidil Fitri 2007 jatuhnya pada hari Sabtu 13 Oktober. Semua umat Islam seluruh negara merayakannya, begitu juga seluruh umat Islam di dunia ini merayakan Aidil Fitri mengikut tarikh yang ditetapkan di tempat masing-masing.....

Amalan rumah terbuka adalah suatu yang amat diprektikkan di Malaysia, semua rakyat berbilang bangsa akan berkunjung je rumah rakan mereka yang merayakan Aidil Fitri.....

Hari raya, kanak-kanaklah yang paling gembira......Nana di pagi raya, selepas solat raya, balik ke rumah, kemudian mengunjungi rumah sanak saudara dan juga rumah nenek......

Malam raya bermain bunga api dan juga mercun pop pop.....

main bunga api.....

http://www.youtube.com/watch?v=5y2Vlq98We0

raya ngan syikin


Di pagi hari raya.....dengan baju barunya, syikin dan nana


Syikin dan nana......makan ketupat dan kari.....



Nana....

Wednesday, October 10, 2007

lagu raya

SUASANA DI HARI RAYA.
Annuar & Elina

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

bertukar senyuman dan salam ziarah menziarahi
tutur kata yang sopan saling memaafi
suasana hari raya walau di mana pun jua
memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

kuih dan muih beraneka macam
makanlah jangan hanya dipandang
ketupat rendang sila nikmati kawan
penat memasak malam ke pagi

wajik dan dodol jangan lupakan
peninggalan nenek zaman berzaman
asyik bersembang pakcik dan makcik
hai duit raya lupa nak diberi

berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

untuk mendengar rakaman lagu nana, klik:

INDIAN BARBIE





ye ye sik lama gik ari raya

Raya is just around the corner.....
sik lama gik nak raya, seronoklah mun hari raya,
pakai pakaian baru, dapat duit raya, jumpa kawan,
saudara mara, rakan taulan,
ke rumah nenek, rumah pakcik makcik
dan bermain bunga api di malam raya....

Saturday, October 6, 2007

kad raya


KONTET



INI IALAH KONTET - also known as Dragonfly......

patung-patunglah......

Seminggu lagi nak Raya

Seminggu lagi semua umat Islam seantero dunia akan merayakan 1 Syawal, atau lebih mudah difahami Hari Raya. Sebut aje hari raya, pasti semua anak-anak akan bergembira dan tidak akan sabar untuk berseronok.....dengan pakaian barunya; yang lelaki dengan baju melayunya dan yang perempuan dengan baju kurung dan kebayanya.....bukan sepasang je, dua tiga pasang dah ditempah atau dibeli.....

Hari raya ni, kita bercerita ikut perspektif anak-anaklah, sebab pada minda mereka cuma timbul kegembiraan, keriangan saja, mood swing mereka bukannya sama dengan orang dewasa.
Anak-anak mudah diceriakan, asal saja pandai memberi komplimen.

There re so much fun in store for these kids during raya time; they can play around, visit friends and close relatives, join their father to have their solat aidil fitri at nearby mosque while later afterwards have some goodies.

For those yang bercuti raya kat kampung tuk, eloklah....pastinya bergembira sakan raya ni bila bertemu sanak saudara dan datuk nenek kat kampung, pak usu, mak ngah, dan lain lain kawan yang lama ditinggalkan.

Bolehlah berjalan-jalan berziarah ke rumah rakan, dan agenda utama dalam minda anak-anak adalah untuk mengumpul seberapa banyak duit raya.....yalah, kalau berani venture, jalanlah jauh sikit, dapatlah banyak sikit.....bolehlah tayang kat kawan berapa kita dapat. Not only that, stomach pun full, makan kueh aneka ragam, berbagai rasa dan nama.

malam likur pula, kita bertuntung, pasang lampu kelip-kelip dan main bunga api, seronoklah tuk, tapi perlulah ingat, jangan main api, nanti terbakar diri sendiri....

Okay, nanti kita bercerita lagi tentang raya ni....
Powered By Blogger